Saturday 3 September 2016

Prediction: Bilakah Market Crash Akan Berlaku?

Pagi tadi saya berkesempatan menghadiri Financial Growth Summit KL 2016 anjuran Summit Capital yang berlangsung di Pusat Dagangan Phileo Damansara 1. Dalam entri kali ini mungkin bermanfaat sekiranya saya kongsikan prediction yang telah dilakukan oleh penceramah pertama iaitu Mr. Daniel Loh, investment coach (equities & derivatives trading) dari Singapura berkenaan the next Market Crash yang akan berlaku.

US Fed Interest Rates vs Market Crash

Setiap kali US Federal Reserve dan Federal Open Market Committe (FOMC) bermesyuarat, pengumuman yang dinanti-nantikan adalah sama ada akan berlaku kenaikan pada US Fed Interest Rate. Walaupun secara hakikatnya tiada siapa yang dapat menjangkakan bila dan kenapa market crash akan berlaku, ramai beranggapan kenaikan interest rate ini menjadi salah satu daripada tanda-tanda besar yang akan menyebabkan berlakunya market crash tersebut.

Bear Market = Low Liquidity + High Interest Rate

Berdasarkan kajian oleh Mr. Daniel Loh mengenai market crash yang telah berlaku pada tahun-tahun sebelum ini, beliau mendapat wujud correlation yang menarik antara interest rate dan stock market crash. Menurut pemerhatian beliau, market crash hanya akan berlaku apabila interest rate naik pada kadar sekitar 4-5 kali ganda daripada tahap terendah sebelumnya.


Jika kita lihat kembali kepada dua market crash yang berlaku sebelum ini, The Dot-com Bubble (sekitar tahun 2000-2002) dan Subprime Crisis (sekitar tahun 2007-2008), stock market mula turun secara mendadak setelah interest rate berada pada tahap tertinggi berbanding tahap paling rendah sebelum itu. Situasi lebih jelas dilihat pada Subprime Crisis.


Setelah hampir 10 tahun US Fed tidak menaikkan interest rate, kenaikan pertama dilakukan pada Disember 2015 daripada 0.25% ke 0.5%. Pada ketika itu berlaku correction pada DJIA namun tidak cukup untuk menyebabkan berlakunya market crash.

Interest Rate Hike vs US Presidential Election

Terdapat dua lagi mesyuarat US Federal Reserve dan FOMC pada tahun ini, iaitu pada penghujung September dan awal November. Menurut jangkaan Mr. Daniel Loh, kenaikan akan berlaku pada bulan September dengan mengambil kira faktor US Presidential Election yang akan berlangsung pada bulan November. Menurut beliau, apabila berlakunya kenaikan interest rate pada bulan September, akan berlaku correction pada DJIA dan market akan rebound semula menjelang November untuk memberikan keyakinan kepada calon US President pada kali ini.

Sekiranya benar perkara ini berlaku, penghujung September ini adalah waktu terbaik untuk melakukan pembelian setelah correction terjadi.

Berhati-hati ketika Interest Rate mencecah paras 1%-1.25%

Menurut beliau lagi, interest rate akan terus dinaikkan secara berperingkat dan langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika interest rate mencecah paras 1%. Ketika interest rate naik 5 kali ganda daripada paras terendah sebelum ini (0.25% ke 1.25%), kemungkinan besar market crash akan berlaku. Beliau juga menjangkakan ia akan berlaku sekitar pertengahan tahun 2018.







10 comments:

  1. Salam tuan yg disegani n dihormati. Artikel tuan telah menjawab persoalan saya mengenai market crash. Terim kasih banyak.
    Persoalan berikutnya..
    1) Berapa lamakah anggaran market crash,1 tahun? 2 tahun?
    2) Bilakah masa paling sesuai untuk beli stock jika market crash berlaku..bolehkah tuan memberi panduan tersebut.
    Terima kasih banyak tuan atas ilmu tuan.

    ReplyDelete
  2. Wsalam tuan.

    1. Jika dilihat kepada trend yang berlaku sebelum ini, kebiasaannya crash akan mengambil tempoh sekitar setahun setengah ke 2 tahun.

    2. Soalan ini memang tiada siapa yang ada jawapan :) kita hanya akan tahu titik terendah setelah market betul2 rebound dan crash berakhir. Cadangan saya, senarai pendek beberapa stock yang mempunyai fundamental yang kukuh, perhatikan paras harga dan sekiranya harga jatuh ke paras lebih rendah daripada intrinsic value (tanpa ada apa2 perubahan terhadap fundamental syarikat tersebut), pembelian boleh dilakukan. Mungkin boleh rujuk posting saya sebelum ini yang bertajuk Cara Scan Kaunter Saham Untuk Dibeli (bahagian 1), Ku Khianati Diriku Sendiri (Value Investing Bahagian 2) dan juga Value Investing

    ReplyDelete
  3. Salam tuan,

    Terima kasih ats perkongsian ilmu tuan, sedikit sebanyak ia membantu saya yang masih baru.
    Mohon tuan terus berkongsi ilmu

    semoga tuan dimurahi rezeki inshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah saya akan teruskan berkongsi. moga diberi kelapangan untuk terus lakukan perkongsian :)

      Delete
  4. Salam tuan, saya masih baru lagi dlm dunia saham, sblum ni dgn dunia forex. Saya cuma nk thu, bile kite beli saham sesebuah syarikat ni pada RM1.00/unit , adakah kita dikenakan spread?

    2. Contoh saya beli 3000unit saham ABC pada RM1.00, kemudian, saham ABC jatuh pd RM0.50, adakah saya telah rugi RM1500 serta merta? Wlupun saya belum jual lagi saham tersebut?

    3. Jika saham tadi jatuh lagi sehingga capital saya mengalami negatif, dan masih tidak jual lagi saham itu, adakah saya kena bayar nilai negatif itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan. saya dah reply di Facebook. Maaf lewat reply di sini. Saya reply juga di sini sebab mungkin ada juga sahabat lain yang ingin tahu jawapan

      1. Spread dalam saham hanya ada 3 sahaja. Untuk saham berharga di bawah RM1, spread adalah RM0.005 (setengah sen), untuk saham berharga antara RM1 dan RM10, spread adalah RM0.010 (satu sen) dan untuk harga atas RM10, spread adalah RM0.020 (dua sen). Namun sekiranya tiada buyer ataupun seller yang que buy atau sell pada harga tertentu, ada kemungkinan spread menjadi lebih besar, biasa terjadi untuk saham yang tidak banyak volume

      2. Dalam saham kalau tak jual masih belum rugi serta merta

      3. Dalam saham juga capital tidak boleh jadi negative

      Delete
  5. salam tuan

    nak tanya beli saham amerika syarikat kena que ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Ye konsep jual beli saham masih sama. Que kalau nak beli pada harga best buy i.e. harga rendah. Boleh terus buy tanpa que bada harga Best Sell (harga lebih tinggi)

      Delete